Friday 8 November 2013




Sunday 25 August 2013

 Sekolah telah menerima sebanyak 82 buah chromebook untuk kegunaan PdP. Guru boleh berjumpa dengan Guru Penyelaras Bestari atau Juru Teknik sekolah sekiranya mahu menggunakan peralatan ini. Terima kasih. 

Wednesday 31 July 2013

Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) - salinan daripada btp KPM

Sistem Pengurusan Sekolah (SPS)

SPS merupakan satu komponen dalam Penyelesaian Bersepadu Projek Rintis Sekolah Bestari. Objektif SPS ialah mewujudkan satu primary data maklumat sekolah. Sistem ini telah dibangunkan pada awal tahun 2009 dengan pembangunan pangkalan data yang mengambil kira fungsi dan keperluan data aplikasi iaitu Sistem Maklumat Murid (SMM), Educational Management Information System (EMIS), Sistem Salahlaku dan Disiplin Murid (SSDM) dan Integrated Student Information System (ISIS). Penyeragaman  sistem-sistem berkenaan mengambil kira penyelarasan kod yang terkandung dalam Data Dictionary Sektor Awam (DDSA).
SPS mengandungi 22 modul pengurusan iaitu :
  • Pengurusan Maklumat Sekolah
  • Pengurusan Kemudahan SekolahPengurusan Takwim
  • Pengurusan Pentadbir Sistem
  • Pengurusan Staf
  • Pengurusan Murid
  • Pengurusan Sistem Rumah
  • Pengurusan Jadual Waktu
  • Pengurusan Asrama
  • Pengurusan Kehadiran
  • Pengurusan Kedatangan Murid
  • Pengurusan Bimbingan dan Kaunseling
  • Pengurusan Buku Teks
  • Pengurusan Disiplin
  • Pengurusan Kurikulum
  • Pengurusan Kandungan
  • Pengurusan Program Nilam
  • Pengurusan Peperiksaan
  • Pengurusan Kokurikulum
  • Pengurusan Laporan
  • Pengurusan Utiliti
  • Pengurusan e-Cuti

Friday 12 July 2013

BAND 2012

Wednesday 10 July 2013

SAMSUNG 4G CHROMEBOOK





Di bawah projek 1Bestarinet, pihak YTL telah memperkenalkan sebuah Chromebook, dikatakan sangat sesuai untuk semua pengguna dalam komuniti pendidikan. Mereka juga memperkenalkan pakej harga dan kuota data istimewa untuk pembelinya. Sasaran pembeli ialah guru dan murid.

Keistimewaannya termasuklah boleh diguna beberapa saat selepas dibuka dan bateri tahan hingga 7 jam. 

Berikut dibawah disertakan video dan link sekiranya berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan Chromebook ini. 




Link ke web Chromebook