Friday, 12 July 2013

BAND 2012

Wednesday, 10 July 2013

SAMSUNG 4G CHROMEBOOK





Di bawah projek 1Bestarinet, pihak YTL telah memperkenalkan sebuah Chromebook, dikatakan sangat sesuai untuk semua pengguna dalam komuniti pendidikan. Mereka juga memperkenalkan pakej harga dan kuota data istimewa untuk pembelinya. Sasaran pembeli ialah guru dan murid.

Keistimewaannya termasuklah boleh diguna beberapa saat selepas dibuka dan bateri tahan hingga 7 jam. 

Berikut dibawah disertakan video dan link sekiranya berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan Chromebook ini. 




Link ke web Chromebook

Thursday, 22 November 2012

PROFIL BETIK EKSOTIKA

Untuk mengenali lebih lanjut lagi tentang projek betik eksotika sekolah, apa kata kita kenali lebih lanjut tentang jenis betik ini. berikut d lampirkan muat turun profil betik eksotika yang dikeluarkan oleh Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani pada Januari 2009.

Muat turun profil betik eksotika

Thursday, 18 October 2012

ISI MARKAH SAPS

Guru boleh isi markah ke dalam SAPS bermula 17/10/12.

Guru Tahun 6 boleh  masukkan markah subjek yang ditaksir pada bulan Ogos.

Masukkan markah Tahun 1 dan 2 ke dalam aplikasi headcount.

Masukkan markah LINUS mulai 20/10/12.

MESYUARAT GURU Bil 4/2012

Tarikh:     20/10/2012
Tempat :  bilik wawasan

Sila bawa minit mesyuarat bil 3/2012

Monday, 8 October 2012

PENGAGIHAN ID DAN KATA LALUAN BAGI VLE UNTUK GURU DAN STAFF

Dimaklumkan bahawa semua guru dan staff akan diberikan id dan kata laluan untuk mengakses sistem Virtual learning Environment (VLE) atau lebih dikenali sebagai VLE-Frog.

Semua guru diharap dapat mengakses dan mencuba sendiri sistem terbaru ini.

Video latihan boleh diperolehi di www.frogasia.com atau mendapatkan terus daripada En.Muhammad Azeri di bilik guru.  Sila rujuk sebarang masalah kepada Jurulatih sistem VLE di sekolah;

1. En. Muhammad Azeri
2. Cik Humairah


Bersama  menuju kearah transformasi Pendidikan abad ke-21

SKDB HEBAT!